JOM KITA BERDOA

" Ya Allah, berilah padaku rezeki yang halal dan baik, serta pakaikanlah padaku segala perbuatan yang baik. Ya Tuhanku, jadikanlah oleh-Mu rezekiku itu paling luas ketika tuaku dan ketika lemahku. Ya Allah, cukupkanlah bagiku segala rezeki-Mu yang halal daripada yang haram dan kayakanlah aku dengan kurnia-Mu dari yang lainnya. Ya Allah, aku pohon pada-Mu rezeki yang luas dan berguna. Ya Allah, aku pohonkan pada-Mu nikmat yang kekal yang tidak putus-putus dan tidak akan hilang"

Selamat Datang KE BLog Mommy Baby And Kids, lepas baca berilah komen dan jangan lupa LIKE kalau suka ya

Wednesday 2 May 2012

Tips Untuk Bahagia Suami Isteri




Tips untuk bahagia Suami Isteri

Di dalam Islam, seorang suami mempunyai tanggung jawab yang besar ke atas keluarganya. Suami adalah ketua keluarga. Suami merupakan tunggak kekuatan sesuatu keluarga itu. Seorang isteri wajib memberikan kasih sayang dan
ketaatan kepada suaminya agar kehidupan berkeluarga mendapat keberkatanNya.

Berikut adalah tips untuk Isteri


1. Berkongsi minat


Tunjukkan anda berminat dengan hobinya atau sekurang-kurangnya mendengar apabila suami anda bercakap tentang sesuatu yang diminatinya. Kejutkan suami dengan membeli buku-buku atau barang-barang yang berkenaan dengan minatnya itu. Confirm suami akan lebih menyayangi anda!


2. Tumpukan perhatian apabila suami bercakap
 
Seorang isteri yang baik akan sentiasa mendengar apa yang cuba disampaikan oleh suami. Lihat ke dalam matanya dan tidak memintas ditengah percakapannya. Cara ini amat disukai suami kerana dia akan berasa lebih dihormati (sebagai ketua keluarga).


3. Hantar ucapan istimewa

Teknologi masakini memudahkan kita untuk berkomunikasi. Luahkan perasaan cinta atau penghargaan anda kepada suami tercinta melalui text message atau kad ucapan. Ucapan manja atau saying si isteri amat bermakna kepada suami. Cuba dan lihat keputusannya!


4. Sentuhan Isteri amat bermakna

Selain dari ibunya dan anak-anaknya, si isteri sahajalah yang berhak menyentuh suaminya. Pegang tangan suami tidak kira di mana. Jika malu atau tak biasa, gunakan masa ketika anda berdua seperti di dalam kereta atau panggung wayang. Tip ini akan membuatkan suami berasa lebih dihormati dan menunjukkan si isteri masih sayang dan masih memerlukan suami.


5. Beri ruang untuk suami

Tanggungjawab yang dipikul oleh suami amat besar dalam memastikan keluarganya mendapat yang terbaik. Berikan ruang untuk suami dalam menyempurnakan pekerjaannya yang menampung keluarga.  Cuba elakkan dari memberikan suami muka yang masam ketika dia pulang dari tempat kerja.  Jika boleh berilah senyuman kerana senyuman itu pengubat segala duka.   Elakkan cemburu buta dan pastikan makan minumnya terjaga.

Renungkan :

Jika anda sayangkan perkahwinan yang telah dibina bertahun-tahun lamanya. Maka carilah jalan dan ikhtiar mengatasi dengan sebaik-baiknya. Jangan korbankan kasih sayang anak-anak dengan jalan penyelesaian yang paling dibenci oleh Allah SWT iaitu "CERAI". 

Ujian Allah SWT kepada hambaNya datang berbagai bentuk. Yang kaya atau yang miskin tidak dapat lari daripada ujianNya. Pada suami atau isteri jika pasangan anda buat hal janganlah bersedih kerana Allah SWT itu sedang menguji kesabaran dan keimanan anda. Jika hambaNya sabar maka syurgalah balasannya... InsyaAllah

0 comments: